Wednesday, May 15, 2013

                                      SELAMAT HARI GURU BUAT AYAHANDA PISMP 3A

 

Hari ini kad ucapan diberikan awal pada 15 Mei 2013 sempena Hari Guru pada hari esok 16 Mei 2013.
Terima kasih buat ayahanda kerana menerima hadiah berupa kad ucapan ini. Walaupun hanya sekadar kad ucapan namun segala keikhlasan dan kesatuan hati PISMP 3A telah melakarkan ucapan mereka masing-masing..

Tidak lupa juga buat insan, yang menyumbangkan idea ini, walaupun dalam kesibukan menelaah untuk menghadapi peperiksaan akhir MEI 2013 namun kesempatan masih tetap dicari untuk menghasilkan kad ucapan ini.

Apa yang ingin disimpulkan disini bahawa bukan hadiah itu yang menjadi kiraan tapi dengan pemberian ini cukup membuat ayahanda teruja dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anakanda PISMP 3A.



Guru oh guru..




Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..

‘SELAMAT HARI GURU'



No comments:

Post a Comment