Sunday, February 23, 2014

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V : Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam




Pada 21 Februari 2014 bersamaan hari Jumaat lepas. Kumpulan PISMP 5A telah menjalani Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V iaitu Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah yang menjadi pilihan ialah Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor. Program ini di bawah anjuran Unit Kokurikulum Institut Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur dan mendapat kerjasama daripada pihak Sekolah Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor. Program ini melibatkan 20 orang pelajar PISMP 5A, Mentor PISMP 5A, Dr Mashudi bin Bahari serta warga Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor.
Program ini bermatlamat untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada guru pelatih terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan bidang pendidikan dan tanggungjawab dalam profesional keguruan selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program ini berhasrat mendedahkan para guru pelatih dengan amalan budaya kerja cemerlang guru serta kepimpinan sekolah yang berkesan. Program ini juga bertujuan untuk menyediakan guru peatih dari segi mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dalam merealisasikan impian sesebuah sekolah untuk menjadi sekolah yang cemerlang.
Terdapat beberapa objektif Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V iaitu mengetahui visi dan misi sesebuah sekolah yang diiktiraf sebagai sekolah kluster atau cemerlang atau berprestasi tinggi, mengenal pasti bentuk iklim dan budaya sekolah berprestasi tinggi, mengetahui struktur dan pelaksanaan kurikulum sekolah berprestasi tinggi, mengenal pasti ciri-ciri kepemimpinan berkesan dalam pengurusan sekolah cemerlang dan mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan sesebuah sekolah.



Bertolak seawal 5.45 pagi

Sepanjang perjalanan ke destinasi

Kami tiba ke destinasi.

Bersarapan di bilik gerakan sebelum taklimat bermula.

Ucapan guru besar, pengerusi program dan taklimat sejarah sekolah dan Linus.

Pensyarah pengiring menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Khir Johari,
Pengerusi Program menerima cenderamata daripada Guru Besar SK Khir Johari,
Pengerusi Program menyerahkan cenderamata PISMP 5A kepada Guru Besar SK Khir Johari.

Sesi bergambar bersama pelajar PISMP 5A, pensyarah pengiring, pentadbir SK Khir Johari dan guru-guru SK Khir Johari.

Kajian Linus di Bilik Darjah


Pelajar PISMP 5A sempat merakamkan kenangan bersama murid Pemulihan Khas

Dr Mashudi memberikan penerangan berkaitan kaedah mengajar suku kata kepada guru-guru Pemuihan Khas.

Mentor bergambar bersama guru cemerlang SK Khir Johari. 

Pensyarah pengiring bersama guru Pemulihan Khas

Pelajar mengajar menggunakan teknik suku kata kepada murid Pemulihan Khas 

Add caption



Persekitaran dan bahan-bahan di Bilik Pemulihan Khas










Lawatan Ke Bilik Guru Pendidikan Khas






Lawatan Ke Taman Herba Pendidikan Khas









Slot Motivasi





Makan Tengah Hari di Kantin Sekolah







Aktiviti Tutorial

Melawat ke Menara Condong





 Pasar Malam





Bersedia untuk  kembali ke IPG KBM



Kami tiba di IPG KBM pada pukul 9.30 malam.




"Pengalaman ialah guru yang terbaik."


Friday, February 14, 2014

                                 KATA-KATA HIKMAH @ QUOTES








    Tutorial ke 3 bertarikh 14 Feb 2014 hari selasa


Pada setiap minggu pengisian utama ialah membuat bacaan surah Yassin, kemudian disertai dengan tazkirah dan juga nasihat daripada ayahanda merangkap mentor PISMP 5A iaitu Dr. Mashudi bin Bahari, kemudian disudahi dengan jamuan kecil yang diadakan pada tiap-tiap waktu tutorial


                                Ayahanda merangkap mentor PISMP 5A, mengetuai majlis bacaan yassin





                                  
                    Ahli kelas PISMP 5A, yang bersama membaca surah yassin