Wednesday, October 16, 2013

PROGRAM ANAK ANGKAT BINA INSAN GURU FASA 4 DI FELDA KUMAI, BERA, PAHANG.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..pada 25 hingga 28 September 2013 yang lalu, kami PISMP 4A bersama sekumpulan besar semester 4 selamat menyempurnakan program BIG bertempat di Felda Kumai, Bera, Pahang.

Terima kasih kepada pihak Kokurikulum IPGKBM yang bertungkus lumus menjayakan program besar ini. Sekalung terima kasih kepada pihak Felda Kumai yang membantu menjayakan program ini dan pensyarah-pensyarah yang terdiri daripada mentor bagi setiap kelas yang turut menjayakan program ini bersama.

Antaranya ayahanda Mashudi sendiri, Sir Santharan, Dr Shahlan, Sir Selva.. Terima kasih kepada Pensyarah Unit koku, iaitu En. Nor Azzudin Che Nordin, Tuan Haji Mustapha Kamal Mohamed Zahid, En taufiq

Program pada kali ini ialah khusus kepada program anak angkat bersama warga felda kumai. Warga2 Felda kumai terbaik !



sesi penyerahan anak angkat

Sesi penyerahan anak angkat
Ayah kami yang bersemangat di ladang sawit

sesi gotong royong

Sesi masuk ke ladang sawit














Dan TAHNIAH kepada PISMP 4A, iaitu kami sendiri yang berjaya menjadi JOHAN MALAM KEBUDAYAAN PROGRAM BIG ini..hihi.. terima ksih kepada Ayahanda Mashudi kerana sangat memberi sokongan dan galakan kepada kami. 
BORIA 4A BOLEH!



















Terima kasih kepada semua yang menjayakan.. satu pengalaman yang cukup menarik untuk dikenang bersama..:D

Bersama orang2 kuat unit koku..hihi

BIG menyatukan lagi ukhwah kami semua



Wednesday, May 15, 2013

                                      SELAMAT HARI GURU BUAT AYAHANDA PISMP 3A

 

Hari ini kad ucapan diberikan awal pada 15 Mei 2013 sempena Hari Guru pada hari esok 16 Mei 2013.
Terima kasih buat ayahanda kerana menerima hadiah berupa kad ucapan ini. Walaupun hanya sekadar kad ucapan namun segala keikhlasan dan kesatuan hati PISMP 3A telah melakarkan ucapan mereka masing-masing..

Tidak lupa juga buat insan, yang menyumbangkan idea ini, walaupun dalam kesibukan menelaah untuk menghadapi peperiksaan akhir MEI 2013 namun kesempatan masih tetap dicari untuk menghasilkan kad ucapan ini.

Apa yang ingin disimpulkan disini bahawa bukan hadiah itu yang menjadi kiraan tapi dengan pemberian ini cukup membuat ayahanda teruja dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua anakanda PISMP 3A.



Guru oh guru..




Bila murid duduk.. Cikgu berdiri..
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi YB, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..

‘SELAMAT HARI GURU'



buat anakandaku yang disayangi
 terima kasih kartu hari guru buat papamu

Saturday, May 4, 2013

Flashback : Senyum, gembira bersama :)

Salam se"sweet" merah jambu :)

Imbas kembali siapa PISMP 3A yang dahulu....hehehe pasti terukir senyum tawa melihat gelagat masa muda-mudi....enjoy...

2010







2011












2012

















2013












Tersenyum...tersengih...ketawa :) love uolsss hehee....

Kredit kepada penyumbang-penyumbang gambar kenangan....semoga terus mengukir memori bersama...