Friday, March 8, 2013

Tutorial: 7 Mac 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

7 Mac 2013,
Tutorial pada minggu ini berjalan seperti biasa  dengan kehadiran mentor tercinta. Agenda yang dibincangkan  meliputi pelbagai aspek. Dari segi perihal kebajikan mentee hinggalah ke perancangan aktiviti-aktiviti yang bakal diimplementasikan.

Juga menyentuh isu-isu semasa seperti pergolakan yang berlaku di Negeri di bawah bayu, Sabah. Majoriti mentee dalam pismp 3a datangnya dari negeri yang cukup indah tersebut. "PRAY FOR SABAH"..Semoga keadaan di sana kembali aman seperti sebelumnya, malah mungkin lebih baik.


Berikut disertakan gambar-gambar yang mengiringi sepanjang tutorial ini berlangsung:)



















Wednesday, March 6, 2013

VIDEO KLIP "UNTUK DIA" COVER PISMP 2A



video ini merupakan hasil kerja guru pelatih PISMP 3A (ambilan Januari 2012)ipgkbm_ dengan bimbingan pensyarah Literasi Bahasa En.Lokman Abd Wahid...
melalui video ini melambangkan bagaimana kreativiti seorang guru dalam membuat rakaman..."Bukan orang seni je boleh buat tau!!!" kami pun boleh (bakal guru) hihi..papun hasilnya xda la sehebat video dari original bg lagu ni..

Tengok jgn xtengok tau.. terima kasih.

Thursday, February 28, 2013

TUTORIAL: BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA (RM 250)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Khamis, 28 Februari 2013


Waktu tutorial pada hari ini dijalankan seperti biasa walaupun ketiadaan mentor tercinta atas urusan tertentu di Batu Pahat, Johor. Merangkak ke waktu tutorial, kami diminta mendapatkan pemberian baucar buku masing-masing di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.  Agenda pada waktu tengah hari itu berjalan dengan lancar hasil kecekapan pihak HEP dalam pengurusan pemberian baucar buku kepada para pelajar. 

Di bawah antara gambar-gambar yang sempat dirakam semasa pemberian baucar buku kepada pelajar khususnya mentee Pismp 3A: 






Adibah & Liza



Bhen & Isa
Hakimah & Liza
Liza, Mashlina & Adibah
Cassandra
Hafiz


Alhaadi & liza


Zara, Nadia & Qurratu

Dari kiri: Marliah, Cassandra, Zara, Sharifah, Qurratu

Kebetulan pada waktu yang sama juga, pelbagai gerai kecil dibuka sepanjang laluan ke Jabatan HEP. Maka, kami tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis buku dengan harga yang cukup berpatutan. Malahan, yang lebih istimewa kami boleh menggunakan baucar buku yang baru sahaja diperoleh.

Cassandra & Tadong










# Buat Ayahanda di sana, semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkah dan urusan ayah. Semoga berjumpa di lain tutorial..^_^!